Seorang pelajar sekolah menengah di Korea Utara telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun hanya kerana menonton lima minit filem Korea Selatan. Hukuman berat itu, yang telah mencetuskan kontroversi, dibuat ketika Korea Utara menekankan keperluan untuk mempromosikan “pendidikan ideologi” di kalangan golongan muda.

Sumber di Wilayah Yanggang memberitahu Daily NK bahawa pada 7 November, seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Hyesan – hanya dikenali dengan nama tengahnya Han – telah ditangkap selepas menonton filem Korea Selatan “The Man from Nowhere.” Beliau berkata pelajar itu dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun, walaupun dia hanya sempat menonton lima minit filem tersebut.

Menurut undang-undang Korea Utara terhadap budaya luar yang dilaporkan oleh Daily NK, Artikel 27 memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun bagi individu yang ditangkap menonton, mendengar atau menyimpan filem, rakaman, bahan yang disunting Korea Selatan. Ia termasuk dengan buku, lagu, lukisan atau gambar.

Undang-undang ini menunjukkan bahawa ia akan digunakan untuk remaja bawah umur juga. Kata pemerhati, ia adalah cara Korea Utara untuk menghantar mesej kepada anak muda di sana bahawa mereka tidak terlepas dengan sebarang tindakan jika melakukan kesalahan.

Pada bulan September, Perhimpunan Rakyat Tertinggi menerima pakai undang-undang untuk mengukuhkan pendidikan belia, dengan tujuan untuk mengembangkan lagi pendidikan ideologi. Sejak itu, saluran media Korea Utara telah terlibat dalam usaha propaganda yang menyeru perjuangan menentang tingkah laku anti-sosialis dan bukan sosialis.

Sejak tahun lalu, pihak berkuasa Korea Utara telah membuka tiga kem penjara politik baharu di Sungho-ri dan Daerah Pyongsan di Wilayah Hwanghae Utara dan Daerah Pihyon di Wilayah Pyongan Utara. Mereka yang dipenjarakan di kem baharu ini didapati bersalah kerana melanggar undang-undang terhadap pemikiran dan budaya, termasuk mereka yang menonton rancangan TV atau filem asing, atau yang menggunakan telefon bimbit buatan asing. Malah ada yang dipenjarakan bersama keluarga.

Sumber itu berkata bahawa baru-baru ini, “perintah mengenai tingkah laku bukan sosialis dan anti-sosialis” telah menjadi lebih keras berbanding sebelum ini. Dia menambah bahawa dengan Han, pelajar sekolah menengah, menerima hukuman sebegitu berat, pihak berkuasa mungkin akan menghukum ibu bapanya juga kerana mereka yakin bahawa ahli keluarganya turut bersalah.

Kisah agensi risikan khas Korea Utara yang ditugaskan untuk membunuh pembelot. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot

Mampukah Korea Utara Hantar Peluru Berpandu Ke Malaysia? Ini Jawapannya

10 Pantang Larang Yang Terdapat Di Korea Utara, Termasuk Larangan Untuk Senyum