Sejak beberapa minggu lepas kecoh di seluruh negara tentang kematian seorang pelajar sekolah tahfiz. Kes ini telah memberi kesan kepada sekolah tahfiz sama ada di bawah seliaan kerajaan apatah lagi sekolah tahfiz swasta.

Namun di sebalik segala kekecohan yang melanda, tiba-tiba hari ini Malaysia dikejutkan sekali lagi tentang isu sekolah tahfiz tapi dengan versi berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam, SarawakVoice.com menyiarkan kejayaan 2 pelajar dari Sarawak yang telah menjuarai pertandingan matematik dunia yang berlangsung dari 22 – 23 April 2017 di Manila.

2 pelajar tersebut adalah Najmi Asyraf Abdul Halim, dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan yang memenangi emas untuk Level 2 dan Jad Haris Sabaruddin dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub yang menang untuk Level 4.

Pertandingan matematik dunia ini terbuka kepada negara-negara yang menjalankan pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun, yang mana satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.

Kaedah Matematik Sakamoto merupakan satu kaedah visual dan inovatif yang diasaskan oleh Dr Hideo Sakamoto. Ia mengamalkan cara menyelesaikan masalah matematik melalui pemahaman konsep dan aplikasi, dan tidak kepada kaedah hafalan.

Kaedah ini menanam pemikiran logik dan kreatif, sekali gus meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah terutama apabila mereka apabila bergelut dengan masalah matematik abstrak.

Kaedah Matemarik Sakamoto terdiri daripada 3 langkah asas yang mudah. Langkah pertama ialah menganalisis masalah, menentukan fakta-fakta penting dari persoalan itu, dan memegang hubungan data antara satu sama lain.

Di sini, pelajar perlu menyusun dan mengaitkan maklumat secara sistematik dalam bentuk jadual. Langkah kedua adalah menterjemahkan maklumat yang dikumpul dalam langkah pertama ke dalam gambar rajah linear.

Gambar rajah linear akan membantu pelajar menentukan dan memahami logik di sebalik pengiraan yang harus dilakukan dalam langkah seterusnya. Pada langkah terakhir, pelajar menulis persamaan dan melakukan pengiraan untuk mendapatkan jawapan akhir.

Melalui Kaedah Matematik Sakamoto, kanak-kanak dilatih untuk memahami intipati soalan dan mengurangkannya kepada formula dan rajah mudah. Secara ringkas, Kaedah Matematik Sakamoto adalah satu pendekatan visual untuk menyelesaikan masalah.

Seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili Malaysia ke WMC2017.

Mereka merupakan pelajar-pelajar di pusat pembelajaran tersebut, yang bersekolah di SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan, SMK St Joseph, St Joseph Private School, Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub, SK Endap Kota Samarahan, SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, dan Kolej DPAH Abdillah.

Pemenang lain dari Malaysia yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).

Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1),
Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1).

Turut menang gangsa, Akmal Fitri Ahmad (Level 1), Nuha Nashrah Abdul Aziz (Level 1), Irsyad Mahdi Radzali(Level 1), Marcus Jimok Delwish (Level 2), Dhania Farisya Ithnen (Level 2), Ammar Azizi Roslan (Level 2), Ahmad Latifi Sabeli (Level 3)
Muhd Bazil Fudail Sanchez (Level 3), Nur Umairah Shahheerah Abdul Razak (Level 4), dan Zahirul Haq Zairon (Level 5).

Pemenang gangsa lain Nadine Jannah Nawawi (Level 5, Muhd Adam Muhammad Abu Zaid (Level 5) dan Dayang Farah Farzana Abang Idham (Level 5).

Baca lagi: Kisah Pengorbanan Besar Seorang Bapa Demi Melahirkan Lagenda Catur Muda