Pelajar sekolah tular di Indonesia selepas melangsungkan perkahwinan. Marchel Gunawan,14 tahun dan Nurul Amin, 16 tahun berkahwin di kediaman pengantin perempuan di Desa Laompo, Kabupaten Batauga, Kabupaten Buton Selatan, Sabtu.

iNews melaporkan bahawa pengantin lelaki tenang dalam mengucapkan lafaz akad meskipun perkahwinan ini telah mendapat perhatian umum disebabkan faktor umur mereka.

Ibu pengantin perempuan menyuarakan rasa teruja beliau mengenai perkahwinan ini namun terselit perasaan bimbang dengan masa depan kedua pengantin baharu terbabit.

“Kami restu mereka bernikah kerana kedua-duanya saling mencintai dan mahu mengelak kejadian buruk berlaku di kemudian hari. Soal pelajaran sekolah, Insya-Allah pasti ada jalan terbaik untuk mereka berdua,” katanya dalam portal Kompas.com

Difahamkan bahawa pernikahan bawah umur ini dibenarkan oleh Pejabat Urusan Agama di Buton Selatan, Sulawesi Tenggara. Bagi Samsul Ridi, jurunikah dan Ketua KUA, ini adalah pengalaman pertama beliau mengahwinkan pasangan bawah umur.

Untuk rekod, pasangan ini pernah memohon untuk berkahwin tetapi ditolak pada 8 Februari disebabkan faktor umur. Bagaimanapun permohonan kedua diluluskan oleh pihak KUA.

Polis Indonesia pilih Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric jadi kenderaan rasmi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Polis Indonesia Pilih Tesla Model 3 Dan Hyundai Kona Electric Jadi Kenderaan Rasmi

Universiti Di Indonesia Tawar Kursus Pengajian Influencer, Syarat Wajib Mesti Ada 10,000 ‘Followers’

Akur Dengan Majlis Ulama, Indonesia Haramkan Pembuatan Minuman Keras Beralkohol

Sumber