Ini merupakan satu berita yang membanggakan untuk rakyat Malaysia apabila seorang pelajar tajaan JPA mendapat pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University.

Muhamad Saiful Hakimi Bin Daud, 24 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah telah menerima Anugerah Engineering Honor Marshal, College of Earth & Mineral Sciences, Pennsylvania State University. Malah, beliau merupakan pelajar pertama dari Malaysia yang menerima anugerah tertinggi itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, menurut JPA, wakil pihak universiti tersebut turut memuji beliau atas pencapaian akademiknya serta memiliki kemahiran kepimpinan yang tinggi. Semoga kejayaan beliau akan memberi motivasi kepada anak muda untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Syabas diucapkan.

Sumber