Sindiket pelaburan cepat kaya sangat giat mencari mangsa menerusi platform permesejan seperti WhatsApp dan Telegram. Malah, mereka sedia menyasarkan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang kerana lebih banyak wang yang boleh dikaut.

Menerusi laporan Sinar Harian, seorang pelajar Tingkatan Enam mengalami kerugian sebanyak RM22,300 ekoran terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan satu skim pelaburan yang tidak wujud menerusi Telegram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Asia Financial

Difahamkan mangsa adalah seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun pada 14 Disember 2022 lalu telah membayar RM1,000 sebagai modal untuk mendapatkan ID dan kata laluan ke laman web pelaburan itu.

Mangsa telah terjerat dengan janji manis di mana bakal menerima pulangan lumayan dalam masa tiga jam. Malah, mangsa mendakwa telah menerima pulangan berjumlah RM16,000 pada akaunnya menerusi semakan di laman pelaburan tersebut.

Sumber Gambar: Malay Mail

Bagaimanpun, mangsa perlu membuat pembayaran tambahan sebelum boleh mengeluarkan “wang” tersebut. Hal ini memaksa mangsa untuk menggunakan wang pusaka milik ibunya lalu diberikan kepada suspek. Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM22,300 menerusi beberapa transaksi menerusinya.

Selepas gagal menerima wang pulangan yang dijanjikan, barulah mangsa menyedari bahawa skim pelaburan itu tidak wujud. Susulan itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Bera pada Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.