Rata-rata zaman sekarang orang ramai sudah cukup mengenali perkataan selfie iaitu suatu perbuatan mengambil gambar sendiri tanpa bantuan orang lain secara ringkasnya.

Walaupun selfie dianggap cool dan chill bagi sesetengah pihak tapi tidak bagi pihak pengurusan UiTM yang memberi hukuman yang agak berat bagi salah seorang penuntutnya kerana selfie di atas pentas konvokesyen baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Harian Metro, pelajar tersebut Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 telah digantung pengajian selepas perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” ujarnya.

Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun atau dua selepas bertindak memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.

Kami meninjau di laman media sosial terutama Twitter dan kebanyakkannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap hukuman yang diberi. Dan ada yang membandingkan dengan peluang kedua yang diberi kepada pelajar pedofilia.

BACA: Jenayah Pedophilia, Bersediakah Kita?

https://twitter.com/ShahrilArash/status/599801936775254016

Salah seorang rakan Muhammad Hasrul pula mengatakan beliau sepatutnya diberi amaran lisan sahaja.

https://twitter.com/aDamLefty/status/599788028844843008

Dan akhir sekali, kami setuju dengan tweet di bawah:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram