Cukup menbanggakan, walaupun tanpa sebarang asas dalam bidang perakaunan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya memperoleh markah 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transaction dan berjaya mencipta sejarah dunia dengan menduduki tempat pertama dalam subjek tersebut.

Sebelum ini, pelajar yang bernama Hakeem Mohammad Akmal menduduki ujian Certified Accounting Technician (CAT)  yang dikelolakan oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

Pencapaian itu melayakkan beliau dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan yang diiktiraf global, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

Beliau juga turut menerima ucapan tahniah daripada Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan diatas pencapaian yang cemerlang itu.

Di laman Twitter DPAS @ FACT UiTM juga turut mengalungkan ucapan tahniah di atas kecemerlangannya itu.

Diharapkan kejayaan yang dicapai oleh Hakeem bin Mohammad Akmal menjadi pemangkin semangat kepada anak muda lain untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Terdahulu, UiTM berjaya membawa pulang gelaran juara untuk Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus Di Poland. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

UiTM Bawa Pulang Gelaran Juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus Di Poland

UiTM Berjaya Jalin Kerjasama Dengan Al-Jazeera

Minggu Karyaone 22 Anjuran FiTA UiTM Bakal Berlangsung 4 Hingga 7 Disember Ini