Kebiasaan baharu yang diperkenalkan sejak wabak COVID-19 melanda negara telah menghalang beberapa acara besar dijalankan seperti biasa. Antara yang turut terkesan adalah majlis istiadat konvokesyen.
Seperti semua sedia maklum, konvokesyen adalah salah satu acara bersejarah buat mereka yang telah berhempas pulas selama beberapa tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka.
Namun sejak kebiasaan baharu, majlis konvokesyen mungkin tidak dapat dijalankan seperti biasa – tiada lagi penjual bunga di tepi jalan, tiada lagi orang-orang yang berkumpul di luar dewan, tiada lagi balingan topi konvo bersama kawan-kawan.
UiTM buat convocation "temu janji" sbb pkp. Tolong jangan sia2kan 3 tahun aku mcm ni. pic.twitter.com/eb8OCOxl2H
— Zulfan Rahman (@stilpan_) June 24, 2020
Terbaharu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah tampil dengan satu cadangan agar istiadat konvokesyen dijalankan menggunakan kaedah kebiasaan baharu. Dalam satu video yang berlegar di laman sosial, UiTM telah hadir dengan cadangan agar penggunaan ‘green screen’ sebagai alat utama untuk pesta konvokesyen pada masa akan datang.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, istiadat konvokesyen ini akan dijalankan secara ‘janji temu’ untuk pelajar diploma dan ijazah. Namun, cadangan ini kurang popular di kalangan para pelajar.
Video yang berdurasi lebih 1 minit ini telah dimuat naik dengan menunjukkan cara-cara kebiasaan baharu bagi istiadat konvokesyen yang telah dicadangkan oleh UiTM.
Minggu ni memang hati rasa tak sedap,sayu je..pastu tahu pulak uitm nak buat konvo temu janji tu,lagilah aku rasa down gila kot,mungkin org lain tak kisah tapi aku kisah bila dia buat konvo mcm tu,like seriously nak buat konvo mcm tu? 3 tahun setengah kot belajar..ðð
— MERRYGOROUND (@dayahghafar) June 25, 2020
Aku rela lah tangguh konvo dri kena buat green screen tu. Aku ada trust issue sikit dgn editing uitm sbb dah prnh kena ð
— N ðĶ (@flwersv) June 25, 2020
Mereka akan melalui proses saringan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke kampus. Pelajar kemudiannya akan mengambil dan memakai jubah konvokesyen lalu merakam gambar di hadapan green screen.
Bagi para pelajar, cara ini tidak popular dan tidak dapat diterima kerana mereka tidak dapat merasa gah untuk berjalan di atas pentas sambil dilihat bangga oleh ibu bapa mereka setelah habis penat belajar.
Pelajar lain pula menyatakan bahawa mereka sanggup untuk menunggu istiadat konvokesyen dijalankan pada tarikh yang lain atau ditangguhkan saja pada tahun ini. Tetapi mereka tidak boleh menerima cara kebiasaan baharu istiadat konvokesyen ini.
Apa masalahnya kalau buat tahun depan? Kami boleh tunggu, takde masalah pon.
Panggung wayang boleh buka, semua boleh bukak. Convo tak boleh.
Ramai? Convo la 2 bulan ðĪ
— Bella Hadid (@nabilfikran10) June 25, 2020
Dalam satu ciapan lain, difahamkan bahawa istiadat konvokesyen ini hanyalah cadangan yang diberi oleh pihak UiTM buat graduan bagi tahun 2020. Mereka yang tidak bersetuju sebenarnya masih boleh memberi maklum balas kepada pihak universiti.
Cara konvo ni mungkin akan diadakan untuk sesi konvokesyen yang sepatutnya berlangsung sepanjang 2020. You guys yang terlibat boleh isi survey ni utk nyatakan hasrat nak join ke tak & sebab.
Survey ni start harini sampai 30th June 2020 saja tau!! https://t.co/UHAbqE3oV1
— izzi (@IzzRaifHarz) June 24, 2020
Walaupon aku xbelajar tinggi ataupon xpernah convo, tapi alangkah seronok convo didendangkan dgn muzik gamelan, kata2 ucapan, nama dipetik dgn alunan nada terhormat, dan bersama2 rakan2 mengamit semula kenangan, nyanyi lagu universiti uitm dihatiku sepenuh hati..
— Choq Kodok ð (@choqkodok) June 25, 2020
Dengan jumlah pelajar UiTM yang ramai. Boleh ke buat camni?. Tapi kalau setiap kampus dapat autonomi buat e-konvo sendiri mungkin lebih baik dan teratur.
P/S: kesian la depa tak dapat merasa kemeriahan pesta konvo dan gelora DATC ðĪŠ https://t.co/RoTNnGu9xV
— fazly (@nfasask) June 25, 2020
Terdahulu, seorang pelajar tular di media sosial apabila dia memberi jawapan jujur ketika ditanya wartawan mengenai kebiasaan baharu dalam sistem persekolah. Klik pautan di bawah untuk membaca.
‘Tengok Drama Korea Dan Tidur’-Jawapan Jujur Pelajar Ini Undang Ketawa Netizen
Makan Dalam Kelas Dan Meja Berjarak Satu Meter Antara Norma Baru Sekolah Di Malaysia