Pelajar tahun 3 jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Buatan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Franklin Lingga anak Abun baru-baru ini telah menerima tawaran untuk membentangkan projek teknologi semi-solar kepada syarikat automotif terkenal, BMW di Austria.

Kini satu lagi berita baik yang pastinya membanggakan rakyat Malaysia adalah beliau berjaya menerima tawaran kontrak 10 tahun untuk berkhidmat bersama BMW sebagai pakar teknologi automotif. Franklin akan menerima surat tawaran rasmi daripada pihak BMW dalam masa 2 minggu lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelumnya, beliau merupakan salah seorang daripada 3 finalis yang terpilih untuk membentangkan projek bersama-sama dengan dua orang jurutera dari Jerman dan Korea Selatan.

Franklin dijadualkan untuk terbang ke Munich pada bulan Mac tahun hadapan untuk menandatangani kontrak kerja 10 tahun dan akan diberikan jawatan pakar teknologi automotif bermula pada tahun 2021 nanti. Setakat ini Franklin akui banyak persiapan dan urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti menamatkan penganjiannya di UNIMAS pada tahun 2020. Tahniah Franklin!