Ada kawan tanya, macam mana nak buat duit waktu belajar tanpa kerja bawah orang. Dan alang-alang sekarang musim budak budak baru daftar uni, nah panduan untuk tidak hidup papa kedana.

(Aku tahu zaman sekarang student ramai dah masuk dalam bidang bisnes, dropship yang lagi senang. Tapi apa yang aku kongsi bawah ini lebih kepada nak asah skill in real life dan softskill membuat jaringan dengan masyarakat.)

Bagi akulah, rezeki Tuhan luas dan senang sangat nak cari. Mau atau tak mau ja bergantung kepada diri kita sendiri. Sini aku lampirkan pilihan untuk cari duit poket kalau hang ada komitmen lain (masih belajar).

Mungkin ada yang dah tau lantak kau lah. Aku nak kongsi pada yang tak tau.

1. Servis Hantar Pergi Balik Kampus Dan Runner

Benda ini sesuai jika hang ada kereta sendiri. Aset yang paling power sebagai seorang student.

Dah alang-alang setiap hari akan ke kelas, iklankan kepada siswa-siswa lain yang hang ada buat servis hantar ke kampus-balik ke asrama atau rumah sewa. Bayaran per ride dan cuba letakkan fixed amount.

Misal kata dari rumah aku ke kampus dalam 5km. Dan aku akan melalui dua buah perumahan pelajar dalam perjalanan ke kelas setiap hari.

Setiap hari akan ada pelajar lain yang nak tumpang dan aku ambil caj RM5 per ride.

Dekat situ dah cut perbelanjaan minyak hari-hari ke kelas. Dan pada masa yang sama hang ada peluang untuk bina jaringan – tak kisahlah jaringan kawan baru mahupun jaringan bakal bini hmm.

Anggaran untung – RM50 sehari kalau minima 6 trip.

Cara kedua – ambil upah runner barang dapur atau barang keperluan.

Bila alang-alang hang singgah supermarket, iklankan kepada kawan-kawan pelajar apa benda nak beli.

Yang paling dapat sambutan adalah mineral water satu karton.

Hang ambillah sikit upah per item dalam seringgit dua. Orang pemalas nak pergi tu mesti tak kisah punya. Kalau 10 karton hang dah dapat 20 ringgit sekali pergi.

2. Bisnes Makanan

Nature student ni perangai depa kuat melantak.

Letaklah bijih timah dalam nasi pun mungkin depa akan buat lauk (*gurau – kang ada pembaris pergi letak betul-betul).

Kat sini hang akan ada peluang yang besar. Salah satunya – beli microwave sendiri (ini aset). Takat RM250 dah boleh dapat sebijik yang ok.

Dengan oven ni macam-macam benda boleh buat. Daripada roti, lasagna, kebab, piza sampailah ke kek.

Buat. Kalau tak reti bake atau masak boleh prektis. Alah takat shawarma tu apalah yang susah sangat. Alasan tak ada resepi? Tu hang pi scroll Facebook belungguk resipi-resipi aneh dan power.

Letak di kafe atau surau. Sah-sah licin pelahap semua tu habiskan. Anggaran untung – RM50 sehari.

3. Berkebun

Kalau rumah sewa ada tanah, tanamlah sayur atau apa-apa yang berbakti kepada tanah.

Misal kata sayur, dah ranum hang pi pasar tani hujung minggu jual. Redah je mampus pi orang nak cakap apa.

4. Jadi Tukang Kemas

Sewa tukang kebun kampus kau punya mesin rumput (kautim dengan dia), pergi ambil upah bersihkan laman jiran tu.

Dah alang-alang laman rumah dia macam reban, tawarkan dia untuk clearkan laman.

Dua, pergi cakap ke jiran tu yang hang tawar servis kemas-mop-cuci rumah hari minggu. Daripada habis masa hari minggu dengan Dota je, ye dok?

Jiran tu mesti mau punyalah sebab kesian dekat hang, takpun dia pemalas nak kemas rumah sendiri macam aku.

Upah boleh ambil bergantung pada besar rumah. Sehari boleh jejak seratus dua kalau hang power mengayat.

5. Mari Menjahit

Hang terer menjahit? Power. Ambil upah jahit tepi waktu hujung minggu pun hang dah boleh hidup senang tak harapkan Megi buat alas perut.

6. Guna Kuasa Mistik

Student ni ada satu power yang mistik. Iyelah nama pun student, maka kat situ depa simpati kat hang.

Dan hang ada peluang jual servis dengan senang hati.

Tak kiralah servis tolong cuci kereta luar dalam ke, servis tolong abang kakak yang tengah kusut FYP tu ke, kalau hang power design, buat service design event atau logo (ini aku cakap memang masyuk).

Buatlah servis apa pun, asalkan bukan servis jual badan dan servis kunyit.

7. Private Tutor

UPSR-PT3-SPM-STPM private tutor.

Kalau hang tu power Arab, boleh buat tutor untuk STAM, takpun kalau power ngaji boleh ajar makcik-makcik baca Quran malam-malam atau hujung minggu.

Upah ambil ikhlas hati pun boleh.

Jangan berkira upah sebab hang kongsi ilmu. Tu upah dekat akhirat lagi banyak Tuhan bagi. *Allahu.*

8. Pandai-pandailah

Pandai-pandailah hang tambah sendiri. Takkan semua benda nak kena ajar.

Loloskan diri anda daripada bergantung kepada duit PTPTN atau Mara. Setakat elaun sebulan RM600 tu apalah sangat.

Bukan banyak mana pun.