Sebuah berita yang mengejutkan buat industri hiburan negara apabila pelakon drama 7 hari Mencintaiku 2, Pak Andak atau nama sebenar Idris Mat Diah dilaporkan meninggal dunia di Putrajaya, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Berita ini disahkan oleh anak bongsunya, Nur Muliyani.

Berkongsi detik sebelum bapanya meninggal dunia, Nur Muliyani memaklumkan ibunya, Che Hawa Abu Bakar mendapati bapanya berada dalam keadaan lemah kira-kira jam 2 pagi di ruang menonton televisyen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat keadaan sedemikian mereka segera menghubungi ambulan dan bantuan pernafasan segera diberi pasukan kecemasan. Walau bagaimanapun, bapanya tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan meninggal dunia.

553

Difahamkan Allahyarham merupakan seorang penghidap kencing manis walau bagaimanapun keadaannya sangat terkawal sebelum ini. Pihak keluarga juga mendapati beliau kurang selera makan sejak akhir-akhir ini. Allayarham Idris telah meninggalkan seorang balu serta dua cahaya mata.

Jenazah dibawa ke Masjid al-Faizin, Kepong untuk dimandi dan dikafankan. Jenazah dijangka dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.

Antara drama yang dilakonkan Allahyarham adalah Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Selain berlakon, beliau turut berkhdimat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada era 1980-an.

Pada minggu lalu industri hiburan negara dikejutkan dengan pemergian bintang program realiti TV iaitu Sandra Dianne.

Bintang Program Realiti TV, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Bintang Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

 

Sumber