Pelakon terkenal Alec Baldwin melepaskan tembakan sewaktu pengambaran filem di New Mexico sehingga membunuh pengarah sinematografi dan mencederakan pengarah filem tersebut, lapor The New York Times. Kejadian itu terjadi sewaktu pelakon tersebut menjalani latihan dalam salah satu babak filem ‘Rust’, kini pihak polis sedang menyiasat punca kejadian.

Pengarah sinematografi, Halyna Hutchins, yang berusia 42 tahun meninggal dunia di hospital dan pengarahnya, Joel Souza, berusia 48, cedera pada kejadian yang berlaku pada 1:50 tengahari. Polis kini sedang giat menemu ramah saksi yang berada di lokasi bagi menentukan bagaimana kejadian itu berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang pengawai Sheriff berkata setakat ini tiada apa-apa pertuduhan dikenakan kepada pelakon terbabit. Manakala Penerbit filem dan wakil filem ‘Rust’ masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kejadian tersebut.

Melalui laporan media antarabangsa, Hutchins sempat diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico di Albuquerque, di mana dia kemudian meninggal dunia. Manakala pengarah, Souza dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Christus St. Vincent di Santa Fe. Namun sehingga kini tiada apa-apa kenyataan rasmi adakah kecederaan yang dialami oleh beliau parah atau sebaliknya.

Menurut laporan, Hutchins berasal dari Ukraine dan dibesarkan di pangkalan tentera Soviet di Arctic Circle. Dia memegang ijazah dalam bidang jurnalisme di Ukraine dan ijazah filem di Los Angeles. Di laman Instagram miliknya, kelihatan banyak gambar yang dimuat naik mengenai kerjanya di dalam filem ‘Rust’.

“Rust” adalah filem mengenai seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang sedang dalam pelarian bersama dengan datuknya setelah membunuh seorang peternak secara tidak sengaja.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini terjadi. Pada tahun 1993, pelakon Brandon Lee, anak lelaki Bruce Lee, ditembak dan terbunuh dalam salah satu adegan filem. Pada tahun 1984, pelakon Jon-Erik Hexum secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri dan mati dalam satu adegan TV.

Untuk rekod, Baldwin, pemenang Anugerah Emmy, telah membintangi banyak filem, drama dan rancangan televisyen. Dia juga pernah berlakon menjadi Donald J. Trump di “Saturday Night Live” dengan rambut palsu yang dibuat khas.

15 filem Malaysia ini menonjolkan ‘Surrealisme’, simbolik interprestasi dan komunikasi dalam pawagam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

15 Filem Malaysia Ini Menonjolkan “Surrealisme”, Simbolik Interpretasi Dan Komunikasi Dalam Pawagam

25 Filem Terbaik Hollywood Yang Perlu Anda Tonton Sepanjang Tahun 2017