Semalam berlangsungnya Red Carpet Fan Event untuk para peminat Marvel di Shanghai. Robert Downey Jr, Tom Holland, Tom Hiddleston, Mark Ruffalo Dan pengarah Joe Russo hadir untuk meet & greet ini yang berlangsung di Shanghai Disney Resort.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya berjalan lancar sehinggalah pengacara majlis menjemput penyanyi dan selebriti yang terkenal di China untuk sama-sama berkongsi pentas dengan para pelakon Avengers ini. Jika di tempat lain, spotlight hanyalah kepada pelakon Avengers tetapi tidak di sini apabila mereka ‘disisihkan’ untuk memberi ruang kepada selebriti tempatan.

Walaupun mereka nampak tidak kisah, tetapi peminat di China sendiri turut tidak berpuas hati kenapa pelakon Avengers yang dijemput khas dari luar diperlakukan sedemikian rupa. Ramai yang mengecam penganjur dan penaja majlis yang tetap mahu menyelit artis-artis tempatan dalam Fan Event ini. Lihat video yang dirakam pada fan event ini di bawah.

Namun flow perjalanan fan event ini sudah pun ditetapkan oleh Marvel China. Tidak dinafikan, pasaran filem China adalah lubuk emas untuk filem dari Hollywood dan mungkin pihak Marvel China sudah mempunyai sebab tersendiri untuk susunan perjalanan fan event ini.

Tetapi tetap ianya sesuatu yang awkward untuk dilihat. Sementara itu, Joe Russo turut menyindir seorang DJ dari Singapura kerana bertanya soalan bodoh dan membuat spoiler filem Avengers: Infinity War.

Sumber