Isu untuk siapa yang bakal menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond dirumitkan lagi apabila ada yang berpendapat watak berkenaan patut diberikan kepada pelakon transgender.

Cadangan itu disuarakan oleh pelakon dari England, Dominic West. Ketika mengulas perkara berkenaan kepada The Sunday Times, beliau berkata Hannah Graf, pegawai tentera transgender boleh melakonkan watak James Bond selepas ini.

Pondan Bond
Hannah Graf (kanan) bersama ‘suaminya’

“Bagi saya beliau cantik dan boleh menjadi Bond yang seterusnya. Ianya satu idea yang baik kerana sebenarnya, banyak golongan transgender yang menjadi askar,” kata Dominic. Hannah Graf turut berbesar hati apabila pelakon berkenaan menggambarkan dirinya layak untuk menjadi James Bond.

Tidak pasti mengapa transgender layak untuk melakonkan watak Bond. Mungkin kerana beliau boleh menyamar sebagai lelaki dan juga perempuan dengan jayanya? Namun peminat lebih suka dengan idea James Bond adalah seorang lelaki kulit hitam dengan pelakon Idris Elba menjadi favourite untuk menggantikan Daniel Craig.

Harapnya perkara ini sekadar cadangan dan tidak menjadi kenyataan. Filem James Bond ’25’ akan ditayangkan pada Februari 2020 dan mungkin penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Siapa pula yang anda mahu lihat untuk gantikan Daniel?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.