Kemenangan Michelle Yeoh sebagai pelakon Asia pertama merangkul trofi Anugerah Oscar semalam telah menjadi topik perbualan utama dunia apabila menjadi wakil pertama dari rantau Asia yang memenangi anugerah berprestij industri perfilemen dunia.

Pelakon Hong Kong, Chapman To Man Chak ada memuat naik hantaran Facebook memberi peringatan kepada kerajaan Hong Kong bahawa Michelle Yeoh berasal dari Malaysia dan tidak ‘claim‘ berasal dari negara mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Satu peringatan buat kerajaan Hong Kong. Michelle Yeoh ialah rakyat Malaysia. Jangan ambil kesempatan dan mendakwa beliau rakyat Hong Kong,” petik hantaran Facebook yang dikongsikannya semalam.

Sumber Gambar: FB 杜汶澤

Hantaran Facebook itu dikongsikan apabila pada bulan Januari lalu Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung mengucapkan tahniah kepada Michelle Yeoh atas kemenangannya Anugerah Golden Globe dan memanggilnya pelakon berasal dari Ipoh itu sebagai ‘pelakon Hong Kong’.

Kenyataan Kevin itu mengundang rasa kurang senang netizen Malaysia dan orang ramai berkongsikan fakta mengenai dari mana Michelle Yeoh mulakan kariernya sebagai seorang pelakon.

Setakat artikel ini ditulis hantaran Chapman To itu telah mendapat lebih 52,000 tanda suka dan hampir 1,000 kali perkongsian daripada pengguna Facebook.

Sumber