Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 60 tahun meninggal dunia akibat masalah kegagalan buah pinggang, pada jam 2.43 pagi tadi.

Menurut anak bongsunya, Yhuveneshwary memberitahu, mendiang ayahnya atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang. Accapan meninggalkan seorang balu, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga anak iaitu Vikneshwaran, 31, Dhineshwaran, 28, dan Yhuveneshwary, 24.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an antara filem dan drama popular mendiang berlakon ialah Mira Edora, Sejati, Adik, Rimba Malam dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sumber