Pelakon dan pengarah, Isma Yusoof baru-baru ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau dilaporkan mengaku dirinya adalah seorang pondan atau transgender.

Laporan itu timbul selepas beliau berkongsikan pengakuan secara terbuka melalui satu hantaran video berserta kapsyen “Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah” di akaun Instagram miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CKswHDsBDMW/

Perkataan pondan merujuk kepada orang yang bersifat seperti lelaki dan perempuan atau lelaki dan perempuan yang bertingkah laku atau berpakaian seperti perempuan atau sebaliknya.

Let me tell you straight guys, ya saya memang pondan, saya pondan dari kecil sejak azali. Kalau anda tengok gambar-gambar Isma masa kecil memang dah pose tu macam dah pondan atau peremupuan dah.

“Cuma korang ni korang base on lakonan Isma tau. Of course la Isma masuk dalam industri watak-watak yang diberikan watak straight,” kongsinya.

Menerusi hantaran tersebut juga Isma menjelaskan dia selesa dengan keadaan dirinya ketika ini dan tidak akan mengubah penampilannya.

“Dengan mengatakan saya accept (menerima keadaan diri), saya mengaku saya tidak mempunyai perasaan kepada wanita.

“[…] dalam diri saya adalah wanita, jadi tarikan seksual saya adalah kepada lelaki,” jelasnya lagi.

Susulan daripada pengakuan tersebut, Isma berharap agar orang ramai tidak lagi mempersoalkan keadaan fizikalnya seperti suaranya yang berubah dan sebagainya.

Malah beliau menjelaskan bangga dengan dirinya dan ianya pada masa sama memberi dirinya peluang untuk berbakti kepada keluarganya.

Baca juga perkongsian semasa hiburan yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Tular Dan Jadi Ikutan Selebriti Tempatan, Ini Penyanyi Sebenar Di Sebalik ‘Jemimah Challenge’

Pernah Label Netizen ‘Loser’, Janna Nick Menangis Minta Maaf Dan Kesal Gaduh Dengan Netizen

‘Minta Nama Penerbit Muslim Didedahkan’- Netizen Salut Pendirian Mia Sara Kekal Berhijab