Sebuah berita yang mengejutkan industri hiburan tanah air apabila pelakon dan penyanyi berbakat negara, Adibah Noor dilaporkan telah menghembus nafas terakhir sebentar tadi.

Berita pengumuman kematian penyanyi berusia 52 tahun ini telah disahkan oleh pihak @501Awani di mana beliau didapati meninggal dunia pada jam 6.30 petang tadi. Setakat artikel ditulis, masih belum terdapat sebarang informasi lanjut mengenai punca kematian Allahyarhamah Adibah Noor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kematian penyanyi tersohor ini nyata mengejutkan pelbagai pihak serta rakan artis yang turut mengucapkan salam takziah buat Adibah Noor. Berikut merupakan antara rakan artis yang terawal mengesahkan pemergian Adibah Noor.

Untuk pengetahuan, Adibah Noor berjaya tampil di kaca TV pada tahun ini menerusi sebuah program realiti TV di mana beliau berjaya mendapat mendapat tempat keempat.

Sementara itu, Malaysia pada minggu ini turut dikejutkan dengan pemergian pelawak legenda iaitu Hamid Gurkha sekitar empat hari yang lalu. Didoakan semoga Allahyarhamah Adibah Noor dan Allahyarham Hamid Gurkha ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Ikuti juga berita yang menjadi perhatian netizen pada minggu ini dengan klik pautan di bawah.

Penyokong Bangladesh Minat Pasukan Selangor, Fasih Berbahasa Melayu Tarik Perhatian Netizen

Syarikat Pengurusan Rugi RM7.4 Bilion Selepas BTS Buat Keputusan Mahu ‘Berehat’