Penerbit drama Datuk A. Aida sebelum ini telah membuat laporan polis berkenaan wang simpanannya yang hilang melibatkan bekas suaminya, Ariff Aziz. Semalam, seorang lagi individu telah ditahan pihak polis selepas turut disyaki terlibat dengan kehilangan wang pelaburan milik A.Aida.

Menurut mStar Online, seorang pelakon lelaki daripada drama popular Gerak Khas ditahan di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya. Pelakon tersebut disyaki terlibat dengan kes penipuan wang sebanyak RM200,000.

Telefon pintar pelakon berkenaan turut dirampas untuk bantuan siasatan kes. Tambah A. Aida lagi, beliau kehilangan RM200,000 tersebut dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi yang telah dibuat tanpa pengetahuannya.

Pelakon lelaki tersebut dilaporkan memegang watak sebagai pegawai kanan polis dalam drama tersebut. Beliau ditahan bagi membantu siasatan kehilangan wang tersebut yang hilang pada awal Mac lalu.

Untuk berita tempatan menarik yang lain, boleh teruskan bacaan di bawah

TGV Tayang Semula 5 Filem P.Ramlee Sempena Hari Kemerdekaan

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96

Karya Tempatan ‘Fly by Night’ Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Sumber