Artis wanita tempatan, Noorkhiriah yang sentiasa menghiburkan rakyat Malaysia dengan telatah dan lakonan berkualitinya sebelum ini mengumumkan bakal menjadikan kereta jenis MPV miliknya sebagai van jenazah.

Hasrat itu diumumkan sendiri beliau dalam satu hantaran yang dibuat di laman Instagram miliknya @khiriah17 baru-baru ini bersama sekeping gambar yang berlatar belakangkan kenderaan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah, akak sayang maka akak jadikan kereta belakang ni van jenazah.

Bagi yang memerlukan dialu-alukan, perkhidmatan percuma #vanjenazah @nurbykhiriah..InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu .Terima kasih juga pada yang menyumbang,” kongsinya.

https://www.instagram.com/p/CAuFdh4FaCi/

Beliau yang sebelum ini membintangi pelbagai drama dan filem tempatan sejak dua dekad seperti Nur dan Kerana Cintaku Saerah itu dalam hantaran lain turut meminta peminat mendoakan hasratnya itu.

Tambahnya, inisiatif tersebut juga dilakukan sebagai bekalan buat dirinya dan meninggalkan sesuatu buat masyarakat sebelum meninggal dunia.

“Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak sesuatu buat semua.

“Setakat cerita di TV itu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain, semoga kita istiqamah dalam perjuangan diri sendiri, Amin,” jelasnya.

https://www.instagram.com/p/CAukoQpHEsf/

Hasrat pelakon tersebut turut menerima reaksi positif daripada para pengikut dan peminat yang meninggalkan komen di hantaran tersebut.

Malah, rakan pelakon yang turut membintangi drama Nur bersama beliau sebelum ini Azhan Rani yang membawa watak Ustaz Hamadi turut mengucapkan tahniah atas inisiatif tersebut.

“Tahniah Nor, moga dilimpahkan berkat dan rahmat Allah,” komen Azhan.

azhan

Drama Nur yang turut dibintangi mereka berdua sebelum ini menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia. Baca perkongsian kami mengenainya di pautan di bawah. 

5 Sebab Yang Jadikan ‘Nur’ Sebuah Drama Yang Hebat

Bersediakah Mental Anda Untuk Menyaksikan Pengakhiran Drama Nur 2?