Tidak dapat dinafikan bahawa komuniti warga Korea ramai di Malaysia dan sudah mula ‘berkampung’ seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah, Han Ji-Sung seorang K-Pop Idol turut pernah menetap dan belajar di Malaysia.

Terbaharu, pelakon Korea iaitu Chae Song Ah dikhabarkan telah membuka sebuah restoran dikenali sebagai Sae Ma Eul BBQ di Johor Bahru. Restoran Sae Ma Eul BBQ yang berkonsepkan 100% seperti di Korea ini terletak di 71, Sunway Emerald Boulevard 88, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar.

Walaupun namanya tidaklah terkenal seperti Jang Nara, tetapi watak yang dibawanya sebagai watak pembantu cukup memberi kesan dalam setiap drama yang beliau sertai. Untuk pengetahuan anda, antara drama terkenal beliau adalah Good Doctor, V.I.P dan banyak lagi.

Difahamkan kini, Chae Song Ah telah menetap di sekitar kawasan restorannya bersama keluarganya. Rasanya, beliau merupakan selebriti Korea pertama yang membuka restoran di Johor Bahru.

Jika anda bernasib baik, mungkin boleh dapatkan autograph dan bergambar bersama beliau di restoran tersebut. Sebelum terlupa, restoran ini tidak halal dan sesuai untuk mereka yang bukan beragama Islam. Anda rasa kenapa ramai orang Korea suka menetap di Malaysia?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan K-Pop pada pautan di bawah.

Kenali Han Ji-sung, Idol K-pop Yang Pernah Menetap Dan Belajar Di Malaysia

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak