Sebuah kematian yang mengejutkan pelbagai pihak apabila Ashraf Sinclair selaku pelakon dari Malaysia yang berjaya menempa nama melalui bidang lakonan di Malaysia dan juga Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 pagi tadi di MMC Kuningan, Jakarta.

Menurut laporan daripada KompasTV, punca pelakon dan juga ahli perniagaan berusia 40 tahun ini berpunca daripada serangan jantung. Laporan ini turut disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari selaku isteri kepada Ashraf Sinclair.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

akurat_20180616025903_8y7bh9

Untuk pengetahuan, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini pernah popular dalam filem dan siri Gol & Gincu The Series sebelum melebarkan sayapnya ke Indonesia.

Beliau yang bernikah dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 turut dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair pada tahun 2010.

Pada minggu lalu, warga Malaysia dikejutkan dengan kematian mengejut Abam Bocey yang menyetuh hati pelbagai pihak.

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Wanita Warga Asing ‘Kantoi’ Mohon MyKad Guna Identiti Orang Telah Meninggal Dunia

Anda Mungkin Suka