Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang pelakon Malaysia, Bella Rahim yang membuat kemunculan dalam filem sekuel Train To Busan, Peninsula yang kini ditayangkan di pawagam.

Mungkin ramai dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya bagaimana beliau berjaya mendapatkan peluang untuk berlakon dalam filem yang dinanti-natikan peminat di seluruh dunia itu.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Buat anda yang belum tahu, Bella Rahim baru-baru ini ada berkongsikan mengenai perkara itu selepas ditanya oleh salah seorang netizen di akaun Instagramnya.

Capture

Secara mudahnya, proses untuk muncul dan terlibat dalam filem Peninsula itu menurut jawapan Bella adalah lebih kurang sama dengan proses yang perlu dilalui untuk filem yang lain.

Dia menjelaskan peluang tersebut hadir apabila dia dihubungi oleh ejennya dan mengadakan ujibakat sebelum dipilih.

Tahu terpilih di kedai mamak

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Bella dalam satu temu bual bersama portal hype.my mendedahkan dia mula dihubungi pada Mei tahun lalu oleh ejennya.

“Dia memberitahu saya ‘adakah awak mahu mencuba (ujibakat) untuk sebuah filem ini yang diarahkan Yeon Sang Ho?’

“Saya memberitahunya sudah pasti! Kenapa tidak? Kemudian saya terkesima apabila nama pengarah itu seperti pernah didengari sebelum ini,” ceritanya.

Dan ketika itulah beliau mengetahui Yeon Sang Ho adalah merupakan pengarah filem Train To Busan sebelum ini selepas melakukan semakan melalui Google.

Beberapa bulan kemudian selepas ujibakat dijalankan, Bella memberitahu dia mendapat tahu namanya disenarai pendek untuk watak tersebut apabila ejennya menghubunginya ketika sedang makan di restoran mamak.

“Saya menerima mesej daripada ejen saya bertanyakan tentang ukuran baju saya ketika sedang menikmati makanan di kedai mamak.

“Daripada situ saya tahu saya telah disenarai pendek untuk watak tersebut,” jelasnya.

Jadi kepada anda yang tertanya-tanya bagaimana Bella berjaya mendapatkan watak dalam filem Peninsula itu, diharapkan jawapan yang diberikan ini mampu memberi penjelasan kepada persoalan yang timbul sebelum ini.

Walaupun bukanlah membawa watak utama dalam filem tersebut, namun pencapaiannya untuk terlibat sama dalam sebuah produksi filem yang menjadi ‘kegilaan’ seluruh dunia sudah pastinya membanggakan kita rakyat Malaysia.

Baca mengenai detik-detik awal netizen negara kita dikejutkan dengan kemunculan beliau dalam filem Peninsula sebelum ini di pautan di bawah. 

Kemunculan Pelakon Malaysia Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan’ Buat Netizen Teruja

Trailer Baharu Peninsula Papar Kepayahan Hidup Selepas Tragedi Train To Busan

Anda Mungkin Suka