2018 merupakan tahun yang hebat untuk filem tempatan dan PASKAL: The Movie antara filem yang menjadi fenomena tahun lalu. Mana tidaknya, filem tersebut mencatat kutipan lebih RM30 juta tahun lalu hasil sokongan jitu rakyat Malaysia.

Filem PASKAL kini boleh ditonton di Netflix atau secara percuma di Astro Channel 700. Jasmine Suraya adalah antara pelakon yang masih mempromosikan filem PASKAL di laman Instagram miliknya. Namun, ruangan komen beliau untuk gambar tersebut meriah apabila pelakon-pelakon PASKAL yang lain turut ‘bertandang’ untuk sesi luahan perasaan.

Pelakon berbakal Amerul Affendi antara yang kecewa apabila menurut tulisannya, masih belum menerima bonus yang dijanjikan. Taufiq Hanafi yang membawa watak Ustad dalam PASKAL turut menulis di komen dan ibarat mengiyakan kenyataan daripada Amerul.

Kemudian hadir pula komen daripada Gambit Saifullah yang terkilan bayaran untuk extra shooting days yang masih belum berkunjung tiba walaupun setahun sudah berlalu. Ammar Alfian turut sama bersetuju dan beliau juga tidak lagi menerima apa-apa insentif atau bayaran tambahan daripada pihak produksi.

Paskal 2

Paskal 1
Respon para pelakon PASKAL: The Movie

Jasmine Suraya pula tidak memberi komen namun terhibur dengan luahan perasaan pelakon PASKAL yang lain. Harapnya insentif yang dijanjikan akan tiba tidak lama lagi kerana tanpa dedikasi dan pengaruh pelakon-pelakon ini, PASKAL: The Movie tidak mungkin mampu mengutip RM30 juta. Semoga semuanya dipermudahkan.

Berikut adalah berita lain kejayaan PASKAL: The Movie sepanjang tahun lalu.

PASKAL: The Movie Jadi Filem Melayu Dengan Rating Tertinggi Di IMDb

Pihak PASKAL: The Movie Sumbang RM30,000 Untuk Keluarga 6 Ahli Bomba Yang Terkorban

Tonton Teaser Terbaru Filem ‘WIRA’