Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon terkenal Korea, Kim Seon Ho atas lakonan beliau yang memberangsangkan di dalam drama Start Up

Namanya sekali lagi menjadi bualan ramai selepas terdapat laporan yang mengatakan pelakon tersebut bakal memegang sebagai watak utama di dalam drama terbaru tvN, Mr. Hong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan yang diterbitkan dalam laman Soompi, YTN telah memberitahu bahawa pelakon bagi drama terkenal Oh My Venus, Shin Min Ah sedang di dalam perbincangan sebagai pelakon utama wanita bagi drama tersebut.

Mr. Hong adalah pembuatan semula bagi filem berjudul Mr Handy yang dikeluarkan pada tahun 2004. Filem tersebut dibintangi oleh mendiang Kim Joo Hyuk dan Uhm Jung Hwa sebagai watak utama.

Mr_hongposter
Sumber: AsianWiki

Filem tersebut mengenai seorang wanita bernama Yoon Hye Jin yang merupakan seorang doktor gigi dan telah membuka klinik pergigian di bandar kecil serta seorang pemuda yang mampu membuat pelbagai pekerjaan dan sangat berbakat dalam melakukan sesebuah tugasan yang dinamakan Hong Doo Shik.

Untuk pembuatan semula bagi filem tersebut, Kim Seon Ho akan memainkan watak sebagai Hong Doo Shik atau lebih dikenali sebagai Mr. Hong yang rajin membantu tidak kira mendapat gaji berapa pun serta bersikap sangat peramah.

Difahamkan, setelah sesi pemilihan pelakon selesai, drama ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2021.

Baca juga perkongsian kami mengenai senarai drama yang dilakonkan oleh Kim Seon Ho untuk anda ‘marathon’, baca pada pautan di bawah.

Jadi Kegilaan Ramai Selepas Start-Up, Ini Senarai Drama Untuk Anda ‘Marathon’ Lakonan Kim Seon Ho

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini

Kim Soo-hyun Bakal Muncul Dengan Watak ‘Sociopath’ Dalam Siri Terbaharu Netflix Finger

Sumber