Awang Gerudi yang akan ditayangkan di pawagam pada 27 Disember depan merupakan filem terbaru pengarah Z Lokman. Menurut beliau, ada pelakon daripada filem itu yang dikatakan enggan membuat sebarang promosi untuk filem berkenaan.

Bercakap kepada Harian Metro, beliau tidak berkecil hati sekiranya pelakon filem Awang Gerudi tidak mahu mempromosikan filem arahannya itu. Z Lokman turut menambah jika mereka ada jiwa filem, mereka akan mempromosikan filem lakonan mereka walau apa pun hasilnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kalau tak yakin, kenapa nak berlakon bawah arahan saya, boleh saja mereka tolak. Saya tidak kecewa atau berkecil hati sebab pernah lalui sebelum ini kecualilah ini pertama kali berlaku. Ketika mengarah filem No Problem pada 2001, pelakon utama Maya Karin juga bersikap sama tapi saya tidak kisah,” terang Z Lokman kepada Harian Metro.

Z Lokman dahulunya terkenal dengan filem komedi era 80-an dan 90-an antaranya Awang Spanar, Bujang Selamat, Cikgu Romantik, Minah Manja dan Cikgu Selayang. Awang Gerudi adalah filem ke-35 beliau dan dibintangi pelakon Zoey Rahman, Ika Nabella, Aprena Manrose, Abon, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin. Adakan anda akan ke pawagam untuk menonton filem Awang Gerudi ini?