Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Elliot Page, bintang siri Netflix terkenal, “The Umbrella Academy,” mengumumkan bahawa dia kini bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Di dalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter, Page mengucapkan terima kepada orang-orang yang telah menyokongnya sepanjang perjalanannya untuk menjadi lelaki.

Dia yang turut berterima kasih kepada komuniti transgender yang sentiasa menyokongnya menambah bahawa tiada kata yang dapat mengungkap pengalaman luar biasa apabila berjaya menjadi diri sendiri.

Bagaimanapun, Page berkata walaupun dia merasa bangga untuk berjumpa dengan dirinya yang sebenar. Tetapi jauh dalam dirinya wujud rasa takut dengan segala kebencian atau ‘jenaka’ yang akan dialami olehnya.

“Saya bahagia dengan pilihan yang dibuat tetapi dalam masa sama berasa takut dengan  tindakan agresif, kebencian, kutukan atau kekerasan.

“Jadi cukup-cukuplah anda melukai orang lain. Saya salah seorang daripada mereka (komuniti transgender) dan kami tidak akan diam menghadapi serangan anda,” katanya.

Isteri Page, Emma Portner pula menitipkan mesej terharu dengan mengatakan bahawa dia “sangat bangga” dengan pilihan Page. Dia turut meminta semua orang untuk terus menyokong Page dan komuniti transgender yang lain, lapor NBC News.

Terdahulu, trangender di Indonesia dilaporkan telah dibakar hidup-hidup di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Transgender Dibakar Hidup-Hidup Di Jakarta Selepas Tidak Mengaku Mencuri

Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki, Terpaksa Berlakon Jadi ‘Lelaki’ Untuk Elak Diseksa

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim

Anda Mungkin Suka