Anthony Ramos, pelakon yang kini sedang meningkat naik dengan karya terbaharunya Transformer: Rise of the Beast terkejut apabila diberitahu oleh media Singapura bahawa raja buah, Durian mampu mencapai harga SG$30 atau RM100.00.

Dalam lawatan terbaharunya ke negara jiran bagi memprimosikan filem terbaharunya, Ramos dipelawa oleh media tempatan untuk mencuba raja buah tersebut. Bagaimanapun, dia akui takut untuk mencuba durian kerana baunya, tetapi berazam untuk melakukannya juga walaupun dalam terpaksa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@yahoosea

Here are more celebrities being asked about #chickenrice and #durian #transformers #riseofthebeasts #optimusprime

♬ original sound – Yahoo Southeast Asia – Yahoo Southeast Asia

Tidak lama selepas itu, salah seorang wartawan bertanya kepada Ramos bahawa tahukah dia harga durian di Singapura adalah SG$30. Ramos membalas dengan soalan dengan reaksi yang terkejut dengan harga buah durian hampir sama dengam buah tembikai Jepun.

Walaupun Ramos akui terkejut, tetapi dua teruja untuk mencuba buah paling popular di Asia Tenggara ini. Selain itu, dia juga sudah mencuba Nasi Ayam di Singapura semasa mempromosikan filem ini di Muzium Seni Sains Singapura.

Dia memberitahu Yahoo Asia Tenggara semasa acara permaidani merah, “Saya makan nasi dan ayam pada hari lain. Saya tidak ingat apa namanya,” katanya.

Untuk rekod, Transformer: Rise of the Beast bakal menemui peminat di Malaysia pada 8 Jun ini. Selain Anthony Ramos, filem ini juga dikatakan dibintangi oleh Michael Yeoh. Menurut laporan, dia bakal menjadi suara latar untuk Airazor, watak dari suku robot Maximals, dalam filem baharu itu.

Sumber