Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, Ma Dong-Seok dikhabarkan menyertai filem Marvel ‘The Eternal’. Terbaharu, Park Seo Joon seorang pelakon terkenal Korea Selatan dikhabarkan akan membintangi filem The Marvel iaitu sekuel kepada filem Captain Marvel.

Menurut laporan, Park Seo Joon baharu selesai menjalani penilaian dalaman serta perbincangan selepas mendapat tawaran menyertai The Marvels. Difahamkan, Park Seo Joon akan ke Amerika untuk memulakan penggambaran filem tersebut sekitar bulan Julai setelah selesai menghabiskan penggambaran filem Concrete Utopia.

Walau bagaimanapun, agensi pengurusan Park Seo Joon iaitu Awesome ENT enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut dan segala butiran termasuk watak bakal dilakonkan oleh Park Seo Joon masih menjadi teka-teki. Malah, The Marvels arahan Nia DaCosta itu dijangka akan ditayang pada 11 November 2022.

Tahukah anda bahawa Park Seo Joon membeli bangunan berharga RM40 juta dan tawarkan sewa dengan harga murah untuk membantu peniaga? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga

Inginkan Hiburan Sepanjang PKP? Ini 5 K-Drama Yang Boleh Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Anda Mungkin Suka