Jenna Ortega yang kini terkenal selepas mencapai kejayaan besar berikutan peranan dan lakonan cemerlangnya dalam siri hit Netflix, Wednesday telah dituduh sebagai anti-Semitik oleh The Times of Israel kerana mempertahankan Palestin.

Laporan The Times of Israel, yang dikarang oleh Daniel Margolis, telah membandingkan beliau dan Kanye West disebabkan komen mereka, yang didakwa cuba untuk menyebarkan kebencian terhadap orang Yahudi.

Baca Juga:

Sebelum ini Kanye West memberi komen bahawa holocaust adalah sebuah propaganda Yahudi. Pada Mac 2022, Ortega turut mengeluarkan komen mengenai penindasan yang berlaku di negara tertentu akibat konflik politik dan peperangan.

https://twitter.com/jennaortega/status/1500518479069339649?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500518479069339649%7Ctwgr%5E1050b773b264d6f88fea2d2eb165bab5142ede74%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwegotthiscovered.com%2Fcelebrities%2Fwhy-are-some-calling-jenna-ortega-anti-semitic%2F

Ciapan Ortega di laman Twitternya, “Kita tidak boleh berputus asa dengan rakyat Ukraine, Yaman, Palestin, Kashmir, Iraq, Syria…malangnya senarai ini berterusan.” Dalam masa yang sama, dia menulis, “Dekolonisasi Palestin.”

Kedua-dua ciapan itu dibalas dengan kritikan keras, dengan salah seorang pengguna media sosial memanggilnya ‘anti-Semitik.”

Kata-kata tersebut nampaknya kurang disenangi oleh rakyat Israel, The Times of Israel, melalui penulisnya Margolis mengkritik Ortega yang didakwanya kelihatan ‘baik tetapi bermasalah’.

Bagaimanapun, sebahagian netizen di Twitter mempertahankan tindakan Ortega. Mereka turut menyelar beberapa media Israel yang cuba mengapi-apikan komen Ortega yang mengajak kepada kedamaian.

Untuk rekod, peperangan yang berlangsung di antara Israel dan Palestin sudah berlangsung lama. Kebanyakan negara Islam mengecam tindakan Israel yang menindas rakyat Palestin.