Setelah dikecam teruk oleh netizen berhubung video promosi produk dewasa, salah seorang pelakon video tersebut tampil memberi penjelasan.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon lelaki di dalam video tersebut iaitu Andika Putera berkata, video promosi itu sekadar lakonan sahaja dan skrip itu juga disediakan oleh pihak produk berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan tersebut, lelaki itu berkata video itu adalah lakonan dan skrip diberi kepada saya dan Nadira Isaac. Love bite itu semua make up sahaja. Tak betul pun. Bayaran kepada kami berdua pun sangat lumayan untuk satu video yang panjangnya hanya satu minit.

https://www.instagram.com/p/B5CfLqnA-iB/

Di samping itu, kedua-dua mereka dilihat memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan video yang tular semalam. Menerusi video tersebut mereka berdua tampil memberi penjelasan dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam mengiklan sesuatu produk itu.

https://www.instagram.com/p/B5FO_ITgLSy/

Namun apabila menjengah ke ruangan komen, nampaknya kemarahan netizen masih belum reda. Rata-rata netizen masih lagi tidak berpuas hati walaupun permohonan maaf sudah dibuat.

Terdahulu, video Andika dan Nadira mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog kurang sesuai mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif, seolah-olah mengajak masyarakat melakukan hubungan intim sebelum berkahwin.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cerita sebenar di sebalik kemarahan netizen.

Teknik ‘Marketing’ Tidak Berakhlak Buatkan Netizen Jijik Dengan Cara Produk Ini Diiklankan

Persis Sinetron, Tonton Iklan Daihatsu Sirion Ini Yang Pelik Tetapi ‘Awesome’

Netizen Terhibur Dengan Iklan ‘Pelik’ Cristiano Ronaldo Untuk Shopee

Sumber