redONE secara rasmi telah melancarkan kembali pelan prabayar terbarunya yang memberi keutaman pada pelanggan yang mahukan lebih data. Pelan prabayar ini telah dinaik taraf dari pelan sedia ada, membolehkan pelanggan mendapat sehingga 20.5GB data dengan hanya RM50 sebulan.

Pelan prabayar terbaru ini diperkenalkan dengan harga runcit RM10 dan selepas diaktifkan, pengguna akan mendapat data bonus pengaktifan satu kali sebanyak 1.5GB (500MB 4G LTE & 1GB internet asas) dan tempoh sah kredit 30 hari. Kad sim juga telah dipramuat dengan RM6 kredit yang boleh digunakan untuk membuat lebih banyak panggilan atau membelian data tambahan. Bukan itu sahaja, 1.5GB data percuma akan dikreditkan setiap bulan kepada pengguna prabayar redONE selagi kad sim mereka masih aktif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelebihan utama pek prabayar asas ini ialah panggilan PERCUMA TANPA HAD antara para pengguna pelan prabayar redONE. Di samping itu, pelan terbaru ini turut menawarkan data 4G LTE percuma dengan setiap tambah nilai. Bermula dengan tambah nilai RM10 pengguna prabayar redONE akan mendapat 1GB data 4G LTE, RM20 untuk 4GB data manakala untuk nilai RM30, RM40 da RM50 masing-masing akan mendapat 9GB data 4G LTE.

Ben Teh selaku Ketua Pegawai Jualan redONE turut berkongsi cara untuk mendapatkan 20.5GB data dengan hanya RM50 sebulan. “Mula-mula pelanggan perlu membeli pek asas prabayar kami untuk mendapatkan 1.5GB data percuma, kemudian tambah nilai RM50 dan secara automatik akan mendapat 9GB data dan seterusnya mereka boleh mengguna kredit RM50 tersebut untuk membeli data tambahan bulanan 10GB sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 20.5GB data untuk digunakan pada bila-bila sahaja. Ia sangatlah mudah” katanya.