Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan buat anak muda menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Malah, penglibatan para pelajar yang belajar sambil berniaga bukan lagi sesuatu yang asing ketika ini.

Mempunyai minat yang tinggi serta usaha yang kuat bukan sahaja membantu para pelajar ini memperoleh keuntungan, malah skil yang dipelajari sewaktu bergelar usahawan secara tidak langsung bakal membantu seseorang pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan selepas menamatkan pembelajaran di IPT.

Mengulas mengenai IPT, tahukah anda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bukan sahaja menyokong tindakan pelajar yang memilih untuk menjadi usahawan sewaktu bergelar pelajar dan alumni, malah turut menawarkan insentif serta bantuan.

Politeknik dan kolej komuniti juga tidak terkecuali menubuhkan pusat keusahawanan bagi tujuan membantu pelajar yang berminat menjadi usahawan di beri pendedahan serta latihan.

Latar belakang program keusahawanan

06A8B987-969B-45EF-9E0D-3062CACC2F55-scaled (1)

Sumber: malaya post

Untuk pengetahuan, program-program keusahawanan di politeknik dan kolej komuniti bermula sejak tahun 2010 di mana pada tahun tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi telah meminta semua IPT di Malaysia menubuhkan Pusat Keusahawanan di setiap IPT.

Politeknik dan kolej komuniti juga tidak terkecuali menubuhkan pusat keusahawanan bagi tujuan membantu pelajar yang berminat menjadi usahawan di beri pendedahan serta latihan.

Politeknik dan kolej komuniti memainkan peranan dalam melaksanakan usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan berjaya, khususnya di kalangan alumni mereka.

Di peringkat politeknik dan kolej komuniti, keusahawanan dijadikan salah satu subjek yang perlu dipelajari oleh pelajar sama ada yang mengambil bidang perniagaan atau luar program tersebut.

Matlamat dan objektif program keusahawanan

Matlamat dan objektif utama adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam kehidupan seharian melalui kurikulum dan program-program keusahawanan yang telah dirancang, justeru dapat melahirkan usahawan berjaya sebagai pencipta kerja yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, komunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral serta etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan buat para pelajar

IMG-20191013-WA0014

Sumber: malaysia aktif

Umum tahu, politeknik dan kolej komuniti adalah penyedia latihan TVET (Technical and Vocational Education Training) terbesar di negara ini di mana pelajar di ajar dengan latihan amali di dalam pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar yang menjadi usahawan di politeknik dan kolej komuniti ini juga kebiasaannya akan menawarkan produk-produk mengikut kemahiran yang mereka pelajari semasa dalam pengajian. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang menjadi usahawan di dalam bidang lain mengikut apa yang di minati mereka.

Setakat ini, kebanyakan pelajar dan alumni usahawan dari politeknik dan kolej komuniti menjadi usahawan dalam bidang berasaskan enam kluster iaitu makanan dan minuman, fesyen dan aksesori, kecantikan dan kesihatan perkhidmatan, agro dan aqua serta seni, kraf dan produk inovasi.

Turut membantu para pelajar membuat promosi

118863302_3989910581024125_6734837791282918191_o

Sumber: facebook politeknik edu

Tidak hanya menawarkan program keusahawanan, pihak politeknik dan kolej komuniti juga turut membantu pelajar membuat promosi produk pelajar bagi tujuan jualan.

Selain itu, institusi hanya akan melatih pelajar dan membantu dengan menyediakan fasiliti seperti kiosk serta latihan yang membolehkan pelajar menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian mereka.

Kisah kejayaan pelajar serta alumni daripada program keusahawanan KPT

Tahniah buat Muhammad Syazwan bin Rusli, Graduan Politeknik Sultan Idris yang telah memenangi tempat kedua bagi Kategori…

Posted by Kolejkomunitihq on Friday, November 30, 2018

Muhammad Shazwan bin Ruslin merupakan graduan dari Sijil Makanan dan Minuman, Kolej Komuniti Selayang dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik Sultan Idris Shah.

Beliau merupakan pengurus pembangunan bisnes Manager bagi Sierah Heritage Holdings Sdn Bhd yang menguruskan rangkaian Restoran Tuuu…Dia Pak Tam. Beliau juga merupakan director kepada Halia Bara Sdn Bhd yang menghasilkan minuman 3 in 1 dengan jenama Tu…Dia Pak Tam serta director syarikat Kulit Kayu Manis Enterprise. Shazwan merupakan penerima anugerah 1st Runner Up untuk Ministry of Education Entrepreneurial Awards 2018 bagi kategori C – Outstanding Graduate Enterprise Awards.

Seorang lagi usahawan yang dilahirkan oleh Program Community College Incubator Classroom (CCIC) ini ialah Alston Kuhan Benedict dari Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka yang berjaya membuka perniagaan Pro Electric Dynamic Services.

Perniagaan syarikat beliau adalah berteraskan kejuruteraan dan penyenggaraan elektrik. Beliau juga merupakan salah seorang finalis untuk Ministry of Education Entrepreneurial Awards 2018 bagi kategori B – Outstanding Student Enterprise Awards.

Screen Shot 2020-12-03 at 12.52.06 PM

Lebih memberangsangkan, program keusahawanan yang dijalankan berjaya mendapat sambutan yang lebih tinggi daripada sasaran menerusi hasil kerja keras tenaga pengajar serta pelajar yang terlibat.

Semoga adanya program keusahawanan KPT ini membolehkan negara melahirkan lebih ramai lagi usahawan serta membantu golongan ini meluaskan jaringan produk dan bisnes yang dijalankan melalui insentif yang ditawarkan.

Para pelajar IPT juga turut berpeluang menjadi siswapreneur dengan pembiayaan mikro kredit. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pelajar IPT Kini Berpeluang Menjadi ‘Siswapreneur’ Dengan Pembiayaan Mikro Kredit

Perjalanan Ke Menara Gading Kini Lebih Mudah Dengan MQA APEL

10 Universiti Tempatan Dalam Kelompok 110 Terbaik Asia, Universiti Malaya Di Tangga Ke-9