Ketika San Diego Comic Con tempoh hari, tidak disebut langsung oleh Marvel Studios tentang bila Avengers 5 akan ditayangkan. Mereka cuma memfokuskan kepada karya yang sudah sah akan ditayangkan oleh pihak Marvel Studios.

Filem-filem besar seperti tarikh tayangan Guardians Of The Galaxy 3 dan Black Panther 2 juga tidak diumumkan oleh pihak Marvel Studios lagi. Dan spekulasi mula timbul apabila filem-filem ini bakal diletakkan untuk Phase 5 MCU nanti.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Seorang pengguna Twitter, Charles Murphy semalam telah meniriskan beberapa tarikh yang berkemungkinan besar merupakan tarikh untuk filem yang akan ditayangkan pada tahun 2022 oleh Marvel Studios. Paling menarik perhatian adalah filem yang dijangka keluar pada Mei 2024.

Ramai peminat setia marvel mula membuat andaian tarikh untuk Mei 2024 tersebut adalah untuk Avengers 5. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sendiri berkata watak-watak dari Fox seperti X-Men, Deadpool dan Fantastic Four ‘belum’ ada dalam perancangan mereka dan akan muncul 5 tahun lagi.

Jika diikutkan pada tarikh ini, 2024 adalah tarikh yang terbaik untuk melaksanakan Avengers 5. Dengan Tony Stark dan Steve Rogers tidak lagi akan mengetuai para Avengers, siapa calon paling sesuai untuk menggantikan dua tonggak ini? Itu kita tunggu Phase 4 tamat terlebih dahulu.

Anda Mungkin Suka