Kurang daripada sedekad daripada hari penubuhan, Airbnb kini telah berjaya menjadi syarikat yang dikenali ramai dengan nilai syarikat $31 billion.

Menawarkan servis dimana sesiapa sahaja mampu menjadi host seterusnya menyewakan bilik atau rumah kepada pelancong, Airbnb semakin mendapat perhatian pengguna dari hari ke hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO Airbnb, Brian Chesky

Merujuk kepada perbincangan terbaru CEO Airbnb, Brian Chesky, beliau kini berhasrat untuk menambah cabang bisnes Airbnb yang bukan sahaja menjadi ‘raja’ di dalam industri penginapan malah bakal mula menceburi bidang penerbangan pula.

Mengulas mengenai idea terbaru Brian Chesky ini, beliau berpendapat terdapat ‘sesuatu’ yang perlu diubah di dalam industri penerbangan. “Sistem penerbangan yang digunakan pada hari ini tidak jauh bezanya seperti menaiki kapal terbang pada zaman 80-an. Alangkah lebih baik jika terdapat sebuah sistem yang lebih memudahkan pengguna” ulas Brian Chesky.

Meskipun sekadar hasrat, dengan pembelian syarikat aplikasi Flights cadangan Brian Chesky ini dilihat realistik dan tidak mustahil bakal dibuka kepada umum tidak lama lagi. Setakat ini masih belum terdapat sebarang info bagaimana Airbnb mahu ‘mengubah’ industri penerbangan.

Selain itu, Airbnb juga nampaknya bakal mengikut jejak langkah Snapchat dengan menyenaraikan syarikat mereka bermula dengan startup ini ke IPO. Kemasukan Airbnb ke IPO dilihat sebagai langkah untuk membolehkan Airbnb berkembang dengan lebih cepat lagi dengan pelan bisnes yang sedia ada ditambah pula dengan bilangan pelanggan yang semakin meningkat setiap hari.

Sumber