Malaysia Online Business Expo (MOBE) merupakan sebuah platform untuk usahawan perniagaan atas talian mempamerkan dan menjual produk atau perkhidmatan mereka di luar talian. Ekspo ini telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun bertempat di Mid Valley Exhibition Centre Hall 1, 2, dan 3.

Acara ini dibarisi oleh VIP diketuai oleh pengasas MOBE, Jason Yee, Penasihat MOBE/ Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NPG Group, Dato’ Norman Pang dan beberapa lagi tetamu kehormat termasuk ikon media sosial.

EVS_2316

Sepanjang 3 hari perkongsian oleh tokoh-tokoh perniagaan, turut diselitkan juga sesi cabutan bertuah dan diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkemuka seperti Apple Tan dan Zara Zya.

Ekspo ini disertai oleh 100 peserta pameran yang menyasarkan untuk menarik lebih daripada 50,000 pengunjung. Pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan pakar pelbagai industri seperti fesyen, pengiklanan, FMG dan banyak lagi. Kemasukan adalah percuma.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group