Bersempena dengan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli belah mesra keluarga yang terletak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, Quill City Mall, berbesar hati untuk membawakan kepada anda sambutan paling bermakna iaitu pelancaran mega “Yasss Raya 2018”.

Photo 2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembeli dan pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini, berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.

Photo 4

Persembahan Secara Langsung dan kemunculan selebriti undangan pada Tarikh-tarikh tertentu akan menyerikan lagi acara ini. Antaranya ialah Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Kehadiran mereka pastinya menggamatkan lagi suasana Yasss Raya 2018. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan selebriti kegemaran anda sepanjang kempen ini berlangsung.

Rebut peluang untuk menebus hadiah edisi terhad dan menangi hadiah-hadiah menarik sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ketika anda singgah di Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat.

image010