Nampaknya pelancaran Samsung Galaxy Fold di China akan ditangguhkan berikutan isu yang melanda telefon pintar tersebut. Telefon pintar tersebut yang menjanjikan pengalaman berbeza dan merupakan inovasi baru daripada Samsung berdepan dengan masalah kerosakan yang serius tidak sampai 24 jam penggunaan.

Untuk pengetahuan anda, Samsung tampil dengan kelainan dimana Samsung Galaxy Fold hadir dengan skrin boleh dilipat. Malah, model tersebut dilengkapi dengan enam kamera dan mempunyai dua skrin.

Screen Shot 2019-04-22 at 11.47.18 AM
Twitter: @Markgurman

Akan tetapi, tiada pengumuman rasmi mengenai penangguhan pelancaran tetapi mungkin berkaitan dengan isu-isu yang berterusan dengan peranti itu sendiri.

Berikutan hal tersebut, pihak Samsung telah mengeluarkan satu kenyatan bahawa pihaknya akan memeriksa unit-unit yang rosak secara menyeluruh untuk ketahui punca masalah tersebut.

Baca lagiSkrin Samsung Galaxy Fold Mengalami Kerosakan Tidak Sampai 24 Jam Penggunaan

Sumber