Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Bali bakal memperkenalkan satu undang-undang baharu apabila pelancong asing boleh dipenjara jika didapati bersekedudukan.

Berlainan pula apabila Arab Saudi dikatakan akan membenarkan pelancong asing untuk berkongsi bilik hotel tanpa perlu membuktikan hubungan mereka bagi menarik pelancong. Sebelum ini, penyewa perlu menunjukkan bukti atau dokumen bahawa mereka sudah berkahwin sebelum dapat menyewa bilik hotel. Hal tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.

saudi_tourist_afp_sept2019
Sumber: Google

Pelaksaan tersebut dibuat untuk menarik minat pelancong asing ke sana, memudahkan wanita yang menggembara ke sana secara bersendirian (solo) serta membolehkan pasangan tidak berkahwin tinggal bersama. Malah, wanita tempatan juga kini dibenarkan untuk menyewa bilik secara bersendirian dengan menunjukkan pengenalan diri.

Putera Mohammed Bin Salman mahu mengubah imej negara Arab Saudi supaya ianya lebih ‘lembut’ dan mudah untuk didekati oleh pelancong. Pelancong juga tidak perlu lagi menutup aurat sepenuhnya tetapi perlu berpakaian sopan. Bagaimanapun, alkohol masih diharamkan di negara berkenaan.

Buat anda yang tidak tahu, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pelancaran visa pelancongan kepada 49 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, China, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, dan Singapura pada September yang lalu.

Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan di Bali. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pelancong Bakal Dipenjara Setahun Jika Bersekedudukan Di Bali

Kerajaan Arab Saudi Haramkan Mengambil ‘Selfie’ Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi

Sumber