Tidak dapat dinafikan bahawa Jepun merupakan antara destinasi pilihan ramai orang. Bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi tampil dengan pelbagai tempat yang menarik.

Pasti anda tahu akan kewujudan jalan di Gion, yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong. Terbaharu, satu undang-undang telah dikuatkuasakan dimana anda tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar atau video di jalan-jalan persendirian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana ingin tahu ia jalan persendirian? Terdapat papan tanda diletakkan pada jalan tersebut. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelancong tidak menghormati penduduk yang berada di situ dengan mengambil gambar dan merakam video tanpa persetujuan mereka.

Jika anda didapati melanggar peraturan tersebut, anda bakal dikenakan saman sebanyak 10,000 yen (~RM350). Jika anda tidak ditangkap ketika itu, pihak berkuasa akan melihat CCTV dan akan mengeluarkan saman terhadap anda.

Anda yang bakal ke Jepun tidak lama lagi perlu ketahui akan peraturan ini. Perkara sebegini penting untuk diketahui sebelum melancong ke sesuatu tempat.

Sebelum ini taufan Hagibis melanda Jepun, lihat keadaan Tokyo yang bertukar menjadi ‘ghost town’ ketika itu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Tokyo Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Taufan Hagibis

Ini Kad Dengan Tukaran Wang Asing Terbaik Yang Anda Perlu Ada Sekiranya Ke Jepun

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun

Sumber