Bali merupakan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di Indonesia kerana kecantikan tempatnya dan kaya dengan keunikan budaya. Terbaharu, Indonesia dikhabarkan bakal perkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

Untuk pengetahuan anda, jika undang-undang tersebut dikuat kuasakan, pasangan yang belum berkahwin tetapi bersekedudukan boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (~RM3,000).

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →
La-Plancha-Sunset-Bar-on-Seminyak-Beach-Bali-Indonesia

Gambar hiasan. Sumber: Google

Malah, hukuman penjara maksimum setahun juga boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya apabila ada anggota keluarga terdekat membuat aduan.

Pelancong juga dikatakan tidak akan terlepas dengan hukuman pejara jika melanggar undang-undang tersebut. Undang-undang tersebut akan mula berkuat kuasa menjelang akhir bulan ini jika ia diluluskan.

Undang-undang yang dicadangkan mendapat perhatian ramai pihak. Apakah pendapat mengenai undang-undang baharu yang bakal diperkenalkan oleh Indonesia ini?

Adakah anda tahu bahawa pelancong ke Bali sebelum ini pernah dikecam kerana satu gurauan tidak bertempat?

Pelancong Rusia Dikecam Kerana Gurauan Cuci Punggung Dengan ‘Air Suci’ Di Bali

Lihat Orang Australia Ini ‘Flying Kick’ Penunggang Skuter Di Bali

Gambar Ikonik ‘Gates of Heaven’ Di Bali Ini Ternyata Hanyalah Trik Kamera

Anda Mungkin Suka