Setelah penat bekerja pasti anda ingin melancong ke destinasi-destinasi yang dapat membuat anda melupakan tekanan kerja dan meluangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Bagaimana kalau kami katakan bahawa anda boleh mendapat syiling emas secara percuma jika anda melancong ke Kepulauan Raja Ampat? Betul, anda tidak salah baca.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda boleh mendapat syiling emas secara percuma dengan hanya menukar sampah sarap yang anda jumpa di pulau tersebut. Kiranya anda dibayar dengan syiling emas atas usaha anda mengutip sampah.

Arborek1
Sumber: Google

Pemerintah Kabupaten Raja Ampat telah menawarkan kepada para penduduk dan pelancong untuk menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.

Tawaran tersebut dilakukan untuk memastikan pulau tersebut sentiasa bersih dan menjadi destinasi popular di Indonesia. Untuk pengetahuan anda, tawaran ini akan bermula pada 19 Oktober 2019 hingga 22 Oktober 2019.

Ini pastinya peluang keemasan buat anda untuk cari duit poket ketika melancong. Sementara itu, Pulau Komodo dikatakan akan mengenakan caj masuk sehingga RM4,000. 

Tidak Ditutup, Hanya Bayar RM4,000 Untuk Ke Pulau Komodo Selepas Ini

‘Z9 Resort’ Penginapan Murah Seakan Maldive Di Thailand

Pelancong Asing Tidak Berkahwin Kini Dibenarkan Untuk Menyewa Hotel Di Arab Saudi

Sumber