Seorang pelancong dari China ditahan semalam kerana merokok dalam penerbangan AirAsia ke Tawau hari Selasa lalu. Difahamkan lelaki berusia 41 tahun itu berasa dari Yunnan, China.

Beliau yang terbang secara berkumpulan dengan 10 pelancong dari China yang lain dalam perjalanan untuk bercuti di pulau Semporna. Ketika dalam perjalanan 3 jam ke Tawau ini, beliau dikatakan telah menyalakan rokok yang menyebabkan sistem amaran kebakaran diaktifkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak pasti apa motif pelancong berkenaan menghisap rokok kerana setiap kali sebelum kapal terbang berlepas, amaran untuk tidak merokok di dalam penerbangan pasti akan diberitahu. Lelaki berkenaan tidak pula merokok ketika penerbangan dari China ke Kuala Lumpur yang lebih lebih jauh jaraknya.

no smoking sign
Peringatan ‘Jangan Merokok’ tetap ada dalam tandas kapal terbang

Kes ini sedang disiasat di bawah undang-undang Seksyen 100 Akta Penerbangan Awam 2017 kerana merokok ketika penerbangan. Sabit kesalahan, pesalah boleh didendan RM2,500 atau penjara sehingga satu tahun.

Buat perokok di luar sana, jangan sesekali anda merokok di dalam kapal terbang atau anda menerima hukuman seperti lelaki ini. Lebih baik untuk anda berhenti merokok jadi perkara seperti ini pasti tidak akan berlaku kepada diri anda.