Bagi anda yang sering menaiki keretapi, anda pasti tahu bahawa telah banyak perubahan yang dilakukan oleh Keretapi Tanah Melayu dalam memastikan perkhidmatan mereka bertambah baik serta menyenangkan para pengguna. Jika 10 tahun lalu keretapi jarak jauh dari selatan ke utara kelihatan usang, namun kini KTM telah menukar kemudahannya dengan yang baharu dan kelihatan lebih moden.

Perkara ini diakui sendiri oleh seorang pelancong serta penulis yang memuji perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTM ketika dia bercuti di Malaysia. Malah beliau merasakan bahawa negara jiran Thailand seharusnya mengikuti Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan awam terbaik untuk para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menulis di laman Facebook peribadinya, Richard Barrow menceritakan pengalaman beliau menaiki keratapi dari Butterworth, Pulau Pinang hingga ke Kuala Lumpur. Dia membeli tiket berharga RM150 untuk kelas perniagaan dan tidak menunggu lama untuk mengagumi segala hal yang ditawarkan oleh KTM.

“Saya sangat kagum dengan segala-galanya. Thailand sangat perlu menaik taraf perkhidmatan mereka. Saya tahu mereka [Thailand] kini mempunyai kereta api Red Line tetapi masih belum sama seperti ini. Kami memerlukan sesuatu seperti ini untuk ke Chiang Mai,”

 

“Tidak lama selepas kami berlepas, pelayan datang membawa makan tengah hari yang termasuk dalam harga tiket. Dua jam kemudian mereka datang membawa kopi dan teh serta makanan ringan. Pengalaman yang hampir sama dengan kapal terbang.

“Tiket untuk kelas standard ialah 80 Ringgit (645 Baht) iaitu hampir separuh harga. Tetapi tiada makanan dan susunan tempat duduk adalah 2 + 2. Dalam gerabak saya ia adalah 1 + 2 dan jadi kami mempunyai lebih banyak ruang daripada mereka.

“Salah satu perkara terbaik ialah gerabak restoran, walaupun kecil kerana ia berkongsi ruang dengan gerabak biasa. Saya tidak mengalami salah satu daripada ini untuk seketika. Semoga Thailand akan mempunyai gerabak restoran sekali lagi menjelang Januari tahun depan,” katanya.

Sejak catatan ini ditulis, ia telah menarik pelbagai komen dari netizen di Facebook. Kebanyakan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Richard kerana memuji perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTM. Sebahagian pula menyatakan bahawa mereka baru tahu kewujudan perkhidmatan kelas perniagaan oleh KTM.