Sekiranya anda akan ke Australia, jangan cuba-cuba bawa makanan berasaskan daging atau anda akan didenda seperti pelancong ini.

Seorang pelancong yang baru tiba di Australia dari Indonesia telah dikenakan denda hampir US$2,000 (RM8,900) selepas pegawai sempadan menemui dua ketul McDonald’s McMuffin dan sandwich daging tersorok dalam backpack yang dibawanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Denda RM8,900 ini adalah bersamaan kos 567 McMuffin di Sydney atau beberapa tiket penerbangan pergi balik ke Bali.

Anjing pengawal dan pengesan biosekuriti bernama Zinta berjaya menghidu makanan tersebut ketika pelancong itu sedang beratur untuk masuk ke Australia di lapangan terbang Darwin.

McMuffin dan sandwich daging yang dirampas pihak berkuasa. Gambar: AFP

“Ini bakal menjadi hidangan Maccas (McDonald’s) termahal yang pelancong itu pernah makan,” kata menteri pertanian Australia, Murray Watt. Australia adalah antara yang negara yang mempunyai undang-undang yang sangat ketat berkaitan produk daging dan pertanian dari luar negara untuk mengelakkan penyakit dan serangga perosak asing memasuki negara tersebut.

Pihak berkuasa Australia juga berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan peningkatan foot-and-mouth disease (FMD) di Indonesia pada ketika ini di mana setiap daging import yang memasuki negara itu akan diperiksa dengan rapi.

Penyakit FMD ini tidak memberi risiko kepada manusia tetapi sangat berjangkit terhadap haiwan ternakan.

McDonald’s dikatakan rugi RM5 bilion dalam 6 bulan pertama selepas keluar dari Rusia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kesan Keluar Dari Rusia Buat McDonald’s Rugi RM5 Bilion Dalam Enam Bulan Pertama

Perjalanan Lebih 20 Jam, Jurugambar Teruja Jumpa Dolly Pembuat Teh Paling Famous Di India

Kesan Inflasi, McDonald’s Naikkan Harga Burger Buat Pertama Kali Sejak 14 Tahun

Sumber