Tidak lama lagi tahun ‘Visit Malaysia’ akan tiba, tetapi sudah bersediakah kita untuk menyambut ribuan atau jutaan pelancong ke negara kita? Apa yang kita sebagai rakyat Malaysia telah lakukan untuk memastikan pelancong menerima layanan yang terbaik daripada kita?

Buang sampah merata-rata mungkin bagi anda satu isu yang ‘kecil’ tetapi sebenarnya ia adalah isu yang besar. Bayangkan kawasan tempat peranginan yang indah untuk anda bergambar dan mencuci mata dicemari dengan sampah sarap berikutan sikap tidak bertanggungjawab anda.

Terbaharu, sebuah video tular di Twitter dan video menampilkan seorang pelancong berbasikal berkongsi perasaannya yang terkejut apabila di tepi jalan penuh dengan sampah. Malah, dia mengatakan bahawa kita patut berhenti daripada mengotorkan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan patut mengambil tindakan segera.

Pelancong tersebut mengatakan bahawa jika anda berada di Switzerland ataupun Singapura, anda sudah dikenakan denda kerana membuang sampah merata-rata. Ini merupakan satu perkara yang sebagai rakyat Malaysia kita harus berasa malu kerana walaupun negara kita makin maju tetapi mentaliti kita masih di kelas ketiga.

Berikutan itu, video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen dan ada yang mengatakan bahawa buang sampah merata-rata sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Malah, ada juga yang menyuruh pelancong tersebut untuk pulang ke negaranya dan juga ada cuba ‘menyerang’ pihak negara luar yang telah menghantar kontena sampah ke Malaysia. Mungkin kini rakyat Malaysia patut sedar bahawa membuang sampah merata-rata hanya akan memburukkan negara kita dan kita harus berubah.

Apa yang anda akan lakukan untuk memastikan negara kita sentiasa bersih dan disegani ramai? Baca lagi artikel yang sedang ‘hits’ di Vocket ketika ini.

Hanya Salah Faham, Asif Kekal Dalam ‘Drama Spontan’ Tetapi Dengan Syarat

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

Sumber