Apabila sebut sahaja Korea Selatan, pasti anda sudah terbayang keunikan dan kecantikan beberapa tempat di sana yang sering ditonjolkan dalam drama-drama mereka. Malah, Korea Selatan merupakan antara destinasi pilihan ramai orang di seluruh dunia terutama sekali rakyat Malaysia.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Al Nrra iaitu seorang pemandu pelancong di Saranghaeyo Korea telah berkongsi dalam sebuah group ‘Road To Korea’ di Facebook di mana ketika beliau melancong ke Korea Selatan, rakan beliau dan beberapa lagi pelancong dari Malaysia ditahan oleh imigresen di sana.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Screenshot 2019-09-27 at 10.13.46 AM

Menurutnya, ada yang terpaksa beli tiket penerbangan balik ke Malaysia segera kerana tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan. Kenapa hal ini terjadi?

Beliau menjelaskan bahawa mereka ditahan kerana tidak dapat menjawab soalan imigresen berkaitan butiran-butiran lengkap pelancongan mereka seperti tempat yang ingin dilawati, tempat penginapan, tiket pulang dan sebagainya.

Oleh itu, rakannya yang tidak tahu itinerari di sana ditahan selama 4 jam dan berjaya lepas daripada imigresen setelah menyerahkan beberapa dokumen lengkap yang disimpan oleh isterinya.

Malah, beliau juga mengatakan bahawa imigresen Korea Selatan sekarang lebih tegas berbanding sebelum ini kerana makanan yang telah di declare pun tetap dirampas.

Jika anda ingin ke Korea Selatan dalam masa terdekat, anda haruslah menyediakan butiran-butiran lengkap perjalanan anda di sana. Sekurang-kurangnya, anda perlulah mengetahui serba sedikit butiran penting sepanjang di sana kerana imigresen Korea Selatan nampaknya sudah lebih strict terhadap pelancong dari Malaysia.

Sebelum ini, ada yang berkongsi pengalaman kena pulang ke Malaysia kerana tidak mengisi maklumat pekerjaan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hanya Kerana Tidak Mengisi Maklumat Pekerjaan, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ke Korea Selatan ‘Balik Hari’

20 Tip Berurusan Dengan Pegawai Imigresen Bila Anda Travel Ke Luar Negara

35 Tip Travel Ke Korea Selatan Tanpa ‘Tour Guide’

Anda Mungkin Suka