Mulai tahun 2020, semua rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen baru yang dikenali sebagai ‘European Travel Information and Authorisation System’ atau ETIAS.

Prosedur terbaru ini juga dilaporkan akan menjadi satu syarat wajib kepada semua pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laman web EtiasEurope.eu, pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’ dibenarkan untuk tinggal di ‘Schengen Area‘ untuk tempoh maksimum 90 hari. ‘Schengen Area adalah semua negara dibawah Kesatuan Eropah (EU) kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom.

“Ia merupakan satu prosedur yang akan digunakan bagi menangani masalah individu yang tidak layak sebelum mereka dibenarkan menyeberangi sempadan negara-negara EU.”

uk-border-passport-control-eu-facebook_social_media

“ETIAS dilengkapi dengan Entry–Exit System (EES), akan mempercepatkan, memperkasakan dan memajukan prosedur kawalan sempadan dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap penipuan dokumen serta pemalsuan identiti.

Setiap warganegara dari negara berstatus ‘visa-free’ perlu mempunyai ETIAS yang sah sebelum berlepas dari lapangan terbang.

“Setelah dikeluarkan, pemegang ETIAS yang sah dibenarkan untuk tinggal di kawasan Schengen maksimum 90 hari dari tempoh 180 hari dan sah digunakan untuk 3 tahun dari tarikh dikeluarkan atau sehingga tarikh tamat tempoh pasport, mana yang lebih awal.”

Proses permohonan ETIAS adalah mudah kerana boleh dibuat secara online dan dinasihatkan untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas atau lebih awal.

“Hanya 10 minit diperlukan untuk membuat permohonan dan dikenakan bayaran sebanyak 10 Euro (RM48). Setiap individu yang melancong secara berkumpulan perlu mendapat pengesahan.”

Manakala bagi pemohon yang berumur dibawah 18 tahun, tiada bayaran pemprosesan dikenakan.

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan ETIAS?

Bagi membuat permohonan ETIAS secara online, dokumen-dokumen dibawah diperlukan untuk memastikan kelancaran proses permohonan dan mengelakkan isu lain yang mungkin timbul.

  1. Pasport yang dikeluarkan oleh negara  berstatus ‘visa-free’.
  2. Kada kredit yang sah untuk pembayaran yuran permohonan sebanyak 10 Euro. Pemohonan berumur dibawah 18 tahun tidak dikenakan bayaran.
  3. Maklumat pemohon termasuk alamat tetap tempat tinggal, no telefon dan email.

etias-application-checklist

Apa Yang Berlaku Selepas Permohonan ETIAS Dihantar?

Sebaik sahaja permohonan ETIAS secara online dihantar, sistem akan membuat semakan maklumat pemohon menggunakan pelbagai platform dan sistem untuk menentukan samada pemohon layak menerima ETIAS ataupun tidak.

Jika permohonan diluluskan, pemohon akan menerima email kelulusan ETIAS dan jika sebaliknya email akan dihantar bagi menerangkan sebab ETIAS tidak diluluskan.

Berikut adalah negara-negara yang mewajibkan ETIAS bermula tahun 2020.

2018-02-20_10-54-58

Sumber