Niat yang murni tak selalunya berakhir dengan pengakhiran yang baik. Begitulah apa yang terjadi buat seorang pelancong yang bercuti di Plub Pla Bay, Phuket. Atas alasan mahu memberikan makan kepada ikan, beliau kini telah disabitkan kesalahan disebabkan melanggar peraturan yang tersedia di Pulau tersebut.

Mungkin disebabkan tidak cakna dengan arahan yang diberikan barangkali, pesalah yang dikenali sebagai Ms Olga Smirnova berwarganegara Russia ini mengaku beliau tidak tahu tentang peraturan yang tersedia. Dalam pada itu, peraturan yang ketat di Pulau tersebut membuatkan tidak terlepas untuk dikenakan denda.

Beliau kini ditempatkan di Chalong Police Station sebelum menantikan keputusan muktamad daripada Mahkamah Daerah Phuket untuk beberapa hari ini. Hukuman setahun penjara dan denda sebanyak 100,000 Baht (~RM12,704.52) bakal dikenakan jika disabit kesalahan.

Suatu pengajaran buat kita semua yang mungkin akan menerima nasib yang sama jika tidak peduli dengan peraturan sekeliling lebih-lebih lagi di negara luar. Beringat sebelum kena, kelak membawa padah.

Sumber