Umum mengetahui mengenai perlaksanaan “Cukai Sayonara” kepada setiap pelancong yang keluar dari Jepun melalui udara atau darat. Sebelumnya, cukai ini telah diluluskan oleh Parlimen Jepun dalam suku pertama tahun lalu. Kini perlaksanaan cukai sebanyak ¥1,000 (~RM38) tersebut akan bermula pada 7 Januari ini.

Cukai ini akan digunakan oleh kerajaan Jepun untuk mengumpul dana bagi menambahbaik infrastruktur sedia ada dan seterusnya akan menarik pelancong untuk tetap berkunjung ke negara matahari tersebut serta menambahbaik proses urusan imigresen.

Group-shot
HYPE
Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan
Baca lagi →

Narita-Airport-Terminal-1

japan immigration

Walaubagaimanapun cukai ini akan dikecualikan buat individu yang merupakan penumpang transit tidak lebih daripada 24 jam, kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun dan semua pelancong dalam penerbangan sebelum 7 Januari. Perlaksanaan cukai ini dijadualkan akan digunakan untuk memasang sistem pengecaman wajah di pintu perlepasan dan menambahbaik kecekapan urusan penerbangan.

Anda Mungkin Suka